Kenapa?


::Salam::
::Bismillah::

Kenapa? -- kenapa kalau buka mll mozila jadi lain? kenapa kalau buka mll ie jadi lain? kenapa kalau buka mll google chrome jadi lain?

.........................................................................
Halnya sekarang. Kenapa semua semakin merundum? Hailaa..

adakah kerana saya?

iya kerana saya.



kenapa perlu merundum jatuh?

kerana suntikan itu tiada.


kamu sedang mencari alasan?

mungkin.


kenapa perlu jadi begini?

saya tidak tahu.


kamu tahukan, kamu ada suntikan sendiri?

saya masih perlukan jarum itu. sila berikan.


kamu tahu, kamu sering menyusahkan diri?

saya tidak rasa begitu. kerana saya....


sudah. yang penting sekarang ini. masa ini. pedulikan jaruman sekeliling.

pedulikan jentikan dalaman. kamu bangun. sedar. kamu masih punyai peluang. perbaiki.

ambil ia jadi batu spring. jawapan segera yang kamu dapat itu jangan ambil pusing.


kamu boleh!!


Afra', masih belum terlambat.. :)

Selamat Menyambut Hari Seronok


::Salam::
::Bismillah::

Mabruk ya binti!! Alhamdulillah, adinda saya yang ke-5,

Nik Rabiatul Adawiah An-Naimah binti
Nik Mohd Azam

telah menjejaki umur 10 tahun pada 22/4/2010. Golongan April. Kalau diikutkan, beliau akan meraikan dahulu hari lahirnya, kerana kami semua lahir bulan 6 dan kebawah. :)
Nama yang paling panjang dalam famili kami ini punyai sebab tersendiri. Nama diambil bersempena dengan nama wali Allah, Rabiatul Adawiah. Semoga beliau menjadi seperti itu insya-allah.


Disamping itu, Rabiah - anak perempuan keempat dalam list adik beradik kami. Dan AnNaimah - ayah saya beri kerana tidak pergi ke SMK Naim Lilbanat (P) untuk programnya.

Alhamdulillah. Segalanya Allah berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Bila ada kurang. Ada yang akan menambah.

Rabiah ini, anak yang cerdik juga saya kira. Setiap masa ambil hadiah. Tadika ada. Sekolah rendah pun ada. Yep. Gunakan kecerdikan itu sehebat dan selebarnya. Teruskan bersyukur, agar terus gemilang.

Kalau saya kata dia rajin buat revision mcm kakak n abangnya yang rajin pun boleh. Sebab, saya memang tak pernah bayang, dia ni akan stay up sampai 2am semata2 dia tak habis buat revision. Saya memang akui, saya tidak sehebat itu. Takat nak SPM, saat2 lastminit, baru ada sedar baik punya. Teruskan rajin wahai Beah! (bila awak rajin kemas rumah pun lagi cool!!..hee)

Semoga anda menjadi Dokor Gigi suatu hari nanti! Berganding dengan Faqihah. Bukak klinik keluarga..Ameen!! Disamping itu, teruskan hafalan anda. Pastikan, masuk darjah 6, awak da abes 30 juz!! Hafizah. Ameen lagiii!!!


...................................................................

Majlis hari lahir beliau kami sambut dengan coolio nya, sambil tengok Buletin Utama TV3. Potong kek coklat mentos cair dan agar-agar pelangi yang tak berapa nak jadi, masih perlukan penggarapan sentuhan seni kesabaran dan kepatuhan. Kemudian, disusuli dengan air teh. Huhu.. Mudah kan! :)

Sambil itu, pasang lagu Isteri Solehah -- lagu kegemaran beliau!! kami gelakkan aja.

Terima Kasih ya Allah beri kami keluarga ini.

Itu sahaja i.allah untuk kali ini :)

Zaman Dulu


::Salam::
::Bismilllah::


Kini 2010. Johor. Kuala Lumpur.
Dulu 1988. Mesir.


Kini di UIA.
Dulu di Tadika.


Banyak masa kita habiskan untuk belajar. Belajar mengenal kehidupan. Belajar menerima pengalaman. Belajar mengenal ilmu pengetahuan. Belajar segalanya.






Terus menggapai cita-cita walau lambat,walau perlahan. Masih ada waktu. Masih ada peluang untuk kita semua. Jangan takut dengan bayang-bayang itu. Buka mata. Buka hati. Tanam keyakinan. Itu anda. Itu kita. Kita semua bakal menggenggaminya~

Seronok bila tengok gambar-gambar dulu kala. Ada lagi gambar 'hard copy'. Tapi ketajaman pixel di phone dan laptop tidak memuaskan. Gambar-gambar soft copy yang lain tatau da terbang mana. Google saya lemah~ :) dan saya mmg tak berapa minat simpan stok gambar dan ambil gambar..hee..

lagi SEJAM-- result kami keluar! DOAKAN KAMI BERJAYA GEMILANG!!!! :)

note: pelajar SMIH,JB ada simptom +ve H1N1.Doakan mereka~


Alhamdulillah

Wallahu a'lam

Berkaca Plastik


Biar hati yang hanya berbicara bersama jiwa yang masih lagi kental.

Biar pena terus menerus menulis isi hati nya.

Biar lidah terus menerus menutur dan bertasbih kepada Robb nya.

Meskipun kelihatan ragu.

Tetapi dia akan rasa lebih yakin dan pasti.

Biar juga mata terus bersinar dengan cahaya alam.

Melihat keindahan cintaanNya.

Sekalipun diri fizikal nya mengetahui yang di telan itu bukan lah gula yang manis.

Bukan buah-buahan yang ranum.

Tetapi dia akan tetap juga menerimanya andai itu yang telah tertulis di luh mahfuz.

Tidak sesekali ia kan membiarkan diri itu terus hidup dalam lara kemurungan.

Hanya kerana mendengar gemersik alunan muzik yang secara spontan bertukar manjadi alunan yang menyakitkan telinga.

Biarkan dan lepaskan.

Dia tetap terima.

Tiada ragu.

Bahasa di kala itu


::Salam::
::Bismillah::

Alhamdulillah. sudah selesai 5 paper. Ada lagi satu aja. Harini, saya duduk rehat sambil selesaikan misi di musolla Edu. Rencananya mahu jumpa Dr Mohyani untuk submit slide presentation. kemudian, jumpa dengan Dr Sabri untuk bertanyakan mengenai beberapa soalan yang bergelumang di kepala.

Tapi mungkin takda rezeki nak jumpa mereka hari ini, saya pun duduk sahaja di musolla ini.

kebetulan, lepas solat zohor, Mereka ini pun datang. Saya terus main dengan anak dia. Sementara dia sedang solat. Lepas tu mula lah kami berbual2. Kebetulan, saya free hari ini.
Sedang bual2. rupanya baru saya tahu, dia mahir bertutur dalam bahasa Arab. Sedangkan saya, bahasa Melayu. bahasa Inggeris hanya sampingan. Tapi agak lah. Susah juga nak bercakap, bila saya cakap inggeris, dia tak berapa faham (saya punya bahasa pun terabur gak)..

Maka, cara yang dirasakan berbaloi untuk terus berbual adalah:

- saya cakap dalam bahasa Arab (campur2)
- kami gunakan google Arabic English translater (saya type English--dia baca guna Arab)
- saya kasi dia tonton filem KCB. (Ngahaaa~)

Saya ajak dia tengok cerita KCB ni pun sebab saya tanya, penah gi negara mana? Dia kata: Yaman, Mesir, Saudi, UK, Malaysia, China.

Ahha~ Saya pun cakap lah. Ada satu filem ni, buat kat Mesir, tapi cakap bahasa Indonesia. Huu.. Dia layan je lah. Tapi tengok dalam 15 minit ja. Sebab da azan Asar, dan dia nak jumpa suami dia yang da siap abes exam.

Maka, dengan itu, haruslah kita memantapkan bahasa2 yang ada ini. Biar lancar urusannya.