Culik, Curi, Curi, Culik..


::Salam::
::Bismillah::

Culik. Lama dah tak dengar kisah budak kene culik. (Atau saya da lama tak tengok berita? Oh, tidak! Saya rajin dah sekarang!! :P)

Suatu hari adik saya cerita, "Along, tau x, Aica haritu dah nak hampir kene culik!!" Uhh, kesian budak itu.

Kejadiannya berlaku di kampung sebelah kampung rumah saya. Waktu petang. Cuaca baik. Di perkarangan rumah2 kampung yang cantik.

Si Ibu menghantarkan anaknya ke sebuah rumah kayu jati cantik ukirannya dan di wakafkan untuk belajar Al-Quran.

Perbualan bermula:

Emak: Aica, mak pergi dulu heh.. Nanti bila kawan2 dan Ustaz da sampai, masuk lah dalam..

Aica: OK. (Si Anak dan Si Ibu tidak menyedari bahawa pada hari tersebut takde kelas mengaji).

Sang Anak terus menunggu dan menunggu dengan sabarnya..

Setelahnya~

Laki Culik: Hai dik! Nama sapa? (Dengan wajah bajet senyum jerat budak)

Aica: Aica. Aica binti Hasan.

Laki Culik: Ohh...........

Pastu laki culik itu terus merentap tangan dan tarik Aica pegi ke kereta. Aica jerit! TOLONGGGG!! TOLONGGG!! Dengan tak semena-mena Aica terjatuh. Tubuh yang masih berpakaian sekolah itu bermandikan darah.

Uncle Jo datang lari2.."Woi!!" Laki Culik itu terus lari meloloskan diri ke dalam hutan semak tebal..

Fuh, Alhamdulillah. Aica selamat!!~

Ini kes kanak2 bawah umur 9 tahun.
(Wataknya yang sama, kejadian yang sama, cuma diubah sedikit namanya)
.......................................................................

Kes kawan saya pun ada jugak. Tapi bukan kene culik lah. Kene pertahankan diri dari dicuri atau dirembat barangnya tanpa izin tuannya.

Macam2, ada yang sampai patah jari telunjuk nya dek mempertahankan hatifnya, ada yang siap berkarate dengan pencuri selamba itu untuk mendapatkan beg laptopnya, siap cedera tergolek2 depan rumah, ada yang tendang 90 darjah tepat ke arah muka pencuri dan akhirnya hatif nya sendiri tercampak ke jalan dan pecah!

Huh! Pelbagai kes. Minta dijauhkan~ Kami memohon perlindunganMu Ya Allah~

..........................................................................

Nota:
Bersama menjaga keselamatan diri, anak-anak, kawan-kawan, dan semuanya.
Samada kecil atau besar.
Samada dalam negara atau luar negara.
Samada pagi atau malam.
Jagalah keselamatan sendiri.

(Akan datang, saya akan letakkan cara2 utk menyelamatkan diri, I.Allah)

Sengaja


::Salam::
::Bismillah::

uh.

apa mahu jadi.

semua x kena.

blur yang bertambah.

sila semangat.

sila YAKIN!

ini kamu.

ayuh.

bangkit.

terjatuh semula.

jika terus jatuh.

kerja x siap.

hasil tiada.

kepercayaan hilang.

itu kamu.

kamu lemah.

maka bangkit.

kamu x bagus mana.

maka berubah.

kamu malas.

yes!

maka rajin.

"kalau nak pintar, belajar!.. kalau nak berhasil, usaha!" -- Mahar Laskar Pelangi.

.anda akan rasa seronok.
.anda akan rasa indah.
.anda akan rasa sentosa.
.anda akan rasa bebas.
.bila anda bersungguh.
.bila anda tidak hanya bermenung.
.bila anda yakin pada impian.
.bila anda usahakan pada capaian.

Sila dapatkan udara pagi! keluarlah pagi selepas Subuh~pasti keren!
Langit dan awan kelihatan masih merah2, digabung jalin dengan langit biru laut, disusuli dengan cahaya matahari yang mahu menaik tinggi, dilihat dari celahan pohon hijau malar. Oh, amat indah~Silekan jika mahu.. :)

Hari itu


::Salam::
::Bismillah::

Tangguh.Cepat. Jatuh. Lari. Lemah. Semangat. Nokotta!

Hanya sepintas lalu.

Pada hari itu, 3/5/2010 kami, hantar dinda Aqilah ke Intec, UiTM Shah Alam.
Boleh tahan, jalan di SA mmg saya pun x berapa faham sangat. Byk bulatan pusing2.

Kalau nak kesana, mudah saja. Sampai saja di Syeksen 18, cari Giant. Insya-Allah akan jumpa Intec tu. Patu, kat area keliling pagar dia ada macam2 jenis bendera!

Cuaca. Boleh tahan panas. Tambah lagi, kat area kolej takda pokok. Bangunan baru renovate. Takpa. Yang penting SEMANGAT belajar!

Kemudahan awam belambak. Macam pekan setempat. Segala jenis kedai ada. No money no life. Tu perumpamaan org mana tah. Yang saya ingat ada kedai makan. Kaler hijau. Melayu Malaysia. Hanya SUP! Tak silap, namanya Restoren Barakah. Sedap jugak.:)

Beliau:
Dinda Nik Aqilah bt Nik Mohd Azam.
Sedang membuat persediaan 3 bulan Ekonomi Islam.
Bulan 9 dijangka menerbangkan diri ke Jordan.Insya-Allah.
Berbekalkan tajaan MARA. (jgn lupe belikan tiket utk ktorg plak!-wlpn xdpt2 lg)

...........................................................................................

Kemudian, disusuli kepada Sambutan Hari Guru. Hari2 ada hari. Hari2 yang selalu berlari.

Kejadian berlaku pada 16/5/2010. Kami hanya raikan dirumah. Hee. Tunggu Umi balik dan menggeledah hadiah bila semua dah balik. Seronok!

Umi paling suka dapat pen kayu yang tulis 'Mama Ida' dari Anoi. Huhu. Dulu2, balik dari Mesir panggil Mama Baba. Tup2, sampai Malaysia, main tukar2. Jadilah Umi. Panjangnya Ummi Abah. :)

Beliau:
Bonda Zuraidah bt Aman.
Guru bahasa Arab.
Warden.
Sekolah Menengah Islam Hidayah.

" Belajar ini, kena ada Lillahi Ta'ala. Baru keren! Lebih2 lagi bila bahasa Arab. Ia kait dengan hati. Ia kait dengan Al-Quran. Bagaimana cara kita hormat pada Al-Quran. Akhlak kita bagaimana. Macam itu jugalah akan terjadi rasa rela, rasa mudah, rasa indah bila mendalami dan menguasai bahasa Syurga itu. Belajar lah bahasa Arab ni. Tahu kan, sekarang ramai org berebut nak belajar bahasa ni. Jadi, bila dah ada peluang. Guna sebaiknya! "
(Sebuah ucapan dari Bonda kepada anaknya yang huhu..-tapi ada edit sikit spy umum)

.Selamat Hari Guru.
.Hari2 aku membuat untuk menjadi guru.
.Tetapi itu hanya di dewan kuliah.
.Uhh.
.Kenapa?
.Entah.
.Mengada!

Nokotta-berani bertanding sebelum mengalah~

Bebas


::Salam::
::Bismillah::

Ucapan Selamat manjalani cuti yang panjang bagi saya dan seluruh warga UIAM yang tidak ambil sem pendek. :) Muga cuti terhebat!!

Ini ringkasan sikit sepanjang cuti. Saja letak.

Hari2 di rumah dan kadang2 pergi balik KL sekejap boleh tahan seronok juga. Duit dok travel pun bersepah2 keluar. Urus adik buat pasport segala hal. Allah ada aturannya.

Kadang kita plan bagai nak rak. Rapi sisipan segala. Tapi tup tup, bertukar! Maka, redha dan bersedia utk terima aturan Allah itu. Itu yang terbaik!


Ini kes dari YM ja sebenarnya. Saya seperti biasa, bila duduk di rumah, pasti duduk bersama adik saya depan laptop. Dia tgok cerita, saya buat kerja saya. dia mmg suka share ruang screen laptop. Mesti nak bersama. Padahal ada PC lain. Sharing is caring. Hahaha.

Maka berlaku lah perbualan antara saya dan Faqihah:

Saya: Jap heh Qih, along nak gne laptop jap...

Adik: Okeh. (maka, saya ggu lah sorang kawan saya ni dlm YM)......... Aik, kenapa along gelak sorang2 nih? Sama ja mcm Abg Uqbah. Suka gelak2 depan kompiter..

Saya: Holaa.. Yeke.. Hahah.

Adik: Along. Along berbual ngn sapa? (Sambil tangan tunjuk kearah nama2 di YM itu)

Saya: Ouh, ngn kakak nih. Erm. Saja ja.

Adik: Along, apa makna tanda MERAH dengan tanda KUNING nih? (ada di list YM)

Saya: Erm, merah maksudnya org tu tgh bz. Tgh buat kerja. Kalau kuning maksudnya org tu x bz. Kita boleh kacau2. Kita bole main2 call.

Adik: Ouh, erm, tapi napa along kacau kakak tuh? Dia punya tanda MERAH.

Saya: Holaa. Hee. Saja ja Qih. Sebab dia kawan along. Bole main kacau2. (alasan x munasabah betol utk adik 6 tahun)

....Dan setiap kali itulah, bila saya nk gune laptop, msti dia kata: "along nak call org ke?" "haa, yg merah tu along x boleh kacau"...... Huah3!!

Cik Faqihah + Rabiah mmg gemar ty soalan yang kasi saya berfikir dan garu kepala utk guna logik.

----------------------------------------
masalah

tak perlu fikirkan ulang-ulang

masalah

memang akan sentiasa ada

tinggalkan ia

kasi bebas

hanya perlu fikir cara utk menaik tarafkan diri

yeah. bebas.

-----------------------------

Ayuh!


Kita Peduli!
8.5.2010
Stadium Melawati Shah Alam


serata mana itu kita.

sehebat mana itu kita.

selemah mana itu kita.

jatuh sekali tak bermakna berkali2.

ayuh!