Berbual


::Salam::
::Bismillah::

Berbual. Berkata-kata. Bercakap. Uhh.. Macam nak cakap. Macam nak berbual..

Ibarat luahan di hati tidak keluar terserap ke otak.
Menjadikan idea tidak hadir untuk ditulis.
Berbual bersama pensil dan kertas.
Jika diam, kertas yang putih akan terus memutih.
Jika bercakap, kertas akan ada titik-titik hitam.
Tapi, isinya sering saja tidak mantap tidak boleh dibidas.
Aku cintakan saat ini.
Saat aku menjana kepala menjadi berfikir perkara bagus.
Memeras kepala supaya fokus dan kritis.
Pandang orang sebab memekak.
Pandang dinding kasi tembus.
Pandang kertas bagi luahan tercurah.

Sajak 3 minit utk EAP 4000. Yeah. Hadirkan cintaku untuk rajin dan tabah menuntut ilmu.

Saya Mahu Menulis


::Salam::
::Bismillah::

Saya mahu menulis dan buat perkongsian lagi ttg piagam. Sementelah ada waktu lebih sikit ini. Tapi, internet amat perlahan. Nak masukkan gambar pun sukar sekali.

Maka, buatlah perkara yang patut lagi. :)

Nota:

Sebuah Kehidupan ~ masih berbaki. jadilah yang terbaik. doakan.

Saya Yakin


::Salam::
::Bismillah::

Seperti post yang lalu. Saya katakan, saya sudah pun menjejaki tahun 3. Boleh tahan cabaran untuk belajar sem ini. Susah juga. Tapi sampai bila nak jatuh. Kenelah terus berdiri. Capaikan semula kegemilangan.

Untuk sem ini, saya ambil creadit hour sebanyak : 20.5.. Uhuuuu..
Hampir semua subjek killer. Terbaik!
Ada 8 subjek termasuk CCAC.

1. Family Management and Parenting
2. Introduction to General Linguistics
3. Fiqh Usrah and Muamalat
4. Introduction to 'Ilm al Mantiq
5. Al-Bayan wa Al-Badi' Sciences
6. Arabic Syntax 3
7. Testing and Assessment in Education
8. EAP

Maka, haruslah di spesifikkan azam itu agar segalanya berjalan lancar. DOA! dan DOA!

Saya mahu berjaya!!~

Setapak Ke UMS


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 02

Agak terlambat. Tapi takpa, cuba yang terbaik utk mereport. Memandangkan report asal ada di UMS. Sebab perlu dihantar, maka, ini atas ingatan saya sendiri untuk menceritakan sikit2. Sikit je lah..
..............................................................
"Siiru fil ardi, fanzuru.."


...Hati Seorang Guru...

Yeah! ~ Saya seronok!!!! ^____^v



Selama 2 hari kami menapak di UMS. Antara yang berlaku disana ialah:

1. Taaruf antara kami semua.

2. Penerangan tentang cabaran dan keseronokan berada di pedalaman.

3. Persediaan untuk kami seandainya kami akan mengajar di Sabah.





Ini gambar sewaktu perasmian. Saya diri sebelah perasmi (Baju batik kaler hijau). Uhuu.. Saya dengar statment dari sorang peserta: "Bestnya lahai rendah an. Dapat diri depan!"

Nota: Inilah antara sekitar peristiwa yang berlaku di UMS. Takda banyak stok gambar aktiviti. Kene cari lagi. :)

Bermula Nokotta!


::Salam::
::Bismillah::

Maka, bermula hari ini, 12 Julai 2010, saya dah jadi pelajar tahun 3 di UIAM.

Tiada lagi aku mengejar bayang2 air.
Teruskan pada azam baru.
Nokotta!
Mula semangat.

Biar kisah lalu lesap.
Terus maju jaya untuk aku.
Aku mahu itu.
Lakukanlah pada zaman era ini.

Orang yang naik dengan cepat.
Amat mudah untuk turun.
Lihatlah ke depan dan terus bersedia.
Masa terus berlari.

..................................................

nota: kecelaruan semasa meeting, saya dah blur..

Semenanjung Sudah


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 01

Alhamdulillah. Sudah selamat sampai ke semenanjung semalam. 27.6.2010.-- 2.15pm di KLIA..

Update seterusnya akan disusuli kemudian, I.Allah..

--

Belajar lah dari pengalaman yang bisa membuat kita terdidik dengan pengalaman itu.
Jika belajar melalui teori semata-mata yang bisa membuat kita mati kutu tiada penyelesaian.
Bila belajar hanya untuk membuat pertikaian tanpa pemerhatian yang adil, ia juga bisa membuatkan kita sentiasa menyalahkan orang dan keadaan.

:)

PIAGAM - Sabah


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 00

Syukur. Alhamdulillah. Saya terpilih untuk program ke Sabah pada tahun ini.



.PIAGAM.
.Program Integrasi Awalan Guru Malaysia.
.20 - 28 Jun 2010.
.Diwakilkan ke kawasan sekolah Pesisir, Sabah.

Program ini disertai oleh pelajar-pelajar dari 13 universiti. Antaranya UIAM, UM, UPSI, UDM, UiTM, UTM, UPM dan lain-lain lagi. Manakala jumlah keseluruhan peserta yang terpilih itu sekitar 70+ orang.

Wakil dari UIAM :

.Hafizuddin - Pegunungan.
.Nadhir - Pedalaman.
.Ghufran - Pedalaman.
.Afra' - Pesisir.
.Shuhada - Pergunungan.

Pengiring dari UIAM :

Dr. Yusnan


Objektif :

"Program ini untuk kawasan pedalaman supaya dapat melatih bakal guru dalam membentuk serta menguji ketahanan fizikal dan mental dalam keadaan apa jua sekalipun.

Harap2 Afra' bersedia."

(Ini adalah menurut pensyarah saya)
--

Setiap kumpulan mempunyai ahli dari setiap universiti. Pelbagai kaum dan bangsa dari jantina lelaki dan perempuan. Terdapat juga pensyarah2 dari pelbagai universiti untuk dijadikan pemantau bagi setiap kumpulan.

(Kumpulan saya ada lelaki perempuan, melayu cina india. Pemantau pun macam tu juga)

Kami dibahagikan kepada kawasan2 tertentu di Sabah. Antaranya, Pergunungan, Pesisir, dan Pedalaman. Dan setiap kawasan ini, ada daerahnya.

(Saya kawasan Pesisir. Cuma belum pasti sekolah apa. Saya pernah kekawasan pergunungan sahaja -- Ranau -- dan di bandar -- KK --)

Seluruh perbelanjaan, makanan, tempat tinggal akan ditanggung 100% oleh pihak universiti. Kerana kami (UIAM) tak perlu bayar apa2. Cuma, perlu bawa duit belanja jika mahu membeli belah.

(Saya tidak gemar membeli belah)

Kami (UIAM) akan melayarkan diri ke angkasa pada 20 Jun 2010 pada jam 7.30am di KLIA. Oleh itu, kami harus berkumpul di INSTED (Inst. of Education, UIAM) pada jam 4am untuk bergerak bersama2.

(Haritu saya ke sabah kumpul di KL Sentral, LCCT)

--

Nota:

1. Doakan perjalanan dan urusan kami semasa di sana berjalan lancar dan dipermudahkan.

2. Saya akan ke Sabah buat kali ke-2 Insya Allah.

3. Doakan saya dapat bawa keluarga saya pula ke sana.

4. Semoga pemergian saya selama 9 hari ini menjadikan saya lebih bersedia untuk menjadi guru yang hebat! (Kalau kene posting kat Sabah gane?--huhu...mcm best! -- doa yang terbaik!)

5. Tahun lepas saya ke Sabah bertujuan untuk mengenali Sabah, nature dia, jalan-jalan, rehat2. Kali ini ada kerjanya.

--

Ini sahaja untuk catatan awalan saya untuk program PIAGAM ini

Sekian :]