Lambaian Manja


::Salam::
::Bismillah::

Bila mahu lepas. Kau ambil balik.
Bila rasa penat. Kau lari balik.



Ini slip peperiksaan.

Masa ini adalah masa untuk saya tajamkan akal berfikir lebih cekap dan bagus semasa menjawabnya. Tetapi banyak masa saya akan gunakan otak kreativiti untuk mengolahnya. Bukan fakta bukan juga auta. Tapi idea. :)

Cabaran besar ketika peperiksaan.

1. Mudah tertidur bila mengadap kertas periksa. (akan peruntukkan 15m/lebih untuk tidur).

2. Idea tidak keluar terus.

Doakan saya berjaya. Kerana saya masih memerlukan doa kalian. Doakan kami!

Nik Afra' Nik Mohd Azam. Tahun 3. Sem 1.

Malas?


::Salam::
::Bismillah::

Haish.
Sistem.
Tetap sebuah sistem.
Nak lari kene ikut.
Nak berlagak aku memang dalam sistem.

Kenapa kau belajar behte?
Entah lah.
Aku teringin nak gulungan ijazah tuh.
Nak pakai jubah biru tu.

Kau belajar kau faham x?
Ke kau datang kelas sebab nak dapat markah?

Tak!
Aku datang kelas sebab aku dah tekad.
Kali ini aku tak boleh ponteng.
Etika pelajar bukan ponteng kelas.
Kali ini aku berjaya ponteng 3 kali sahaja!!
Aku kagum itu. Serius.

Hakikatnya kini.
Aku cuba untuk faham apa yang aku belajar behte.
Aku cuba untuk menjiwai apa yang aku belajar.
Aku tak mau lagi belajar kerana markah OK.
Aku mahu aplikasikan apa yang aku dapat!

Kadang2 berjaya ada jiwa seiring.
Kadang2 aku letak jiwa kat tepi aku layan nafsu bosan.
Kadang2 aku main conteng2, kacau orang.

Tapi aku berada dalam sistem peperiksaan itu kayu ukur.
Jadi. Aku perlu juga.
Dulu da makin turun.
Habis tu?
Nak turun ke nak naikkan pula?

OFKOS MAU NAIK behte!

Tah.
Kamu serabut?
Aku lagi serabut.
Malas nak layan.
Tapi aku terlalu layan pula.

--

Sila matang Afra'!
Sila serius Afra'!
(but, i'm not tht type of person lah behte!)

--

Semua yang indah kau cuba tapis.

Hey Kamu!


::Salam::
::Bismillah::


Hey kamu.
Helo!!

Bangun weh.
Buka mata luas2.

Nampak x?
Dengar x nih?!

Mulakan lagi sekali OK.
Ayuh. Saya ada nih.
Saya sokong kamu.

Oh. Jangan kata sudah terapung2.
Pacakkan kaki kat tanah.
Tegak. Ufuk yang betul.

Tolong. Ini untuk kamu.
Mulakan ya.
Terbaik.
Tunggu.
Sabar.

Afra'. Dah kan.

Minta Segalanya


::Salam::
::Bismillah::

Minta segalanya daripada ALLAH dear..

Minta berjaya Dia bagi.
Minta sihat Dia bagi.
Minta faham Dia bagi.
Minta mudah Dia bagi.
Minta tenang Dia bagi.
Minta berubah Dia bagi.

Pokoknya kau minta dear..

Jangan berhenti meminta.
Jangan pasrah jatuh terus pada takdir sedih.

Tapi kau minta dear..

Kau minta kau dapat.
Yakin dan usahakan.

Dunia dunia dan dunia.
Kau rasa kau bahagia.
Kau rasa kau puas.

Bila kau mahukan.
Bila kau usahakan.
Bila kau tahu Dia ada sentiasa.

Kepuasan tak dapat diukur bila kau benar-benar ikhlas dan jujur.
Kerana ketika itu kau berada di tahap ultimate puas atau...

Nota:
MINTA + IKHLAS + YAKIN +JUJUR.

Puas


::Salam::
::Bismillah::

Sekarang.
Jumlah pendududuk semakin bertambah.
Jumlah masalah semakin meningkat.
Jumlah tanggungjawab juga semakin berlambak.
Jumlah umur semakin mengikut rentak.

Dunia ini. Mainan minda. Kita perlu bijak mengurus dan mengcounter kannya. Kita sebagai pelajar. Bagaimana mengurus masa? Sekadarnya atau bagaimana? Jika belajar sekadarnya. Hasilnya sekadarnya. Jika tidur selebihnya. Hasilnya tidur yang akan mengusainya.
- Olahan dari idea asal Dr. Zahiri.

Ada 1 negara yang kalau tidur lama2 pun xkan pening kepala. rasa nyaman dan tenang aja. Jawapannya Mesir! Seperti mau rasa bagaimana lah.

Ini bukan mahu cerita tentang tidur. Tapi mahu singkap perasaan puas yang bagaimana aku mahukan. Sekaligus usaha yang harus untuk dilaksanakan. Sekarang!

Jika mahu rencanakan sesuatu, pastikan itu sudah diatur secara jujur dan ikhlas. Cuba untuk optimis dan ikut aturan. Bila kelam kabut. Cari alat untuk pudarkan sedikit2. Terus senyum dan silakan.

Sambung


::Salam::
::Bismillah::

Sambung.
Bila jalan2. ada jumpa ayah2 ibu2.

Mereka kuat semangat dan rajin.
Saya kagum.

Saya mahu sambung belajar.

Keadaan masih lagi kata.
"Along sambung lah belajar"
"Along sambung belajar lagi ke pah ni?"

Bila jumpa pensyarah sendiri.
Cakapnya.
"Erm, kene pandai selit masa lah. nak belajar. nak mengajar. nak jaga budak2 ni lagi"

"Kalau belajar ni, memang tak cukup. sentiasa kene tambah dan tambah. lepas satu, satu, dua dan tiga. seterusnya"

Terima Kasih Bonda.
Terima Kasih Ayahanda.
Terima Kasih Kekanda Adinda sekalian.

Aish. OK. tekad.
Sambung.

Raya 2010


::Salam::
::Bismillah::

Ada satu rasa. Ada satu perkara. Tak puas! Macam ada x selesai.

--

Alhamdulillah. Kami sekeluarga beraya dan dapat pulang ke kampung, bersua dengan Nenda2, pakcik2, makcik2, sedara mara. Walaupun tidak semua, tapi seronok juga. Serta dapat makan makanan yang sedap. Best!

Ini gambar di hari raya. Syukur!


Aktiviti Musim Raya (bermula dari Raya Pertama hingga Ketujuh):

1. Balik Melaka (rumah makcik) jumpa Nenda Jamilah dan Makcik serta keluarganya.

2. Balik Pahang (rumah nenda) jumpa Nenda dan sedara mara.

3. Sembahyang Raya di Masjid Kampung Batu Balai, Pahang.

4. Pergi Majlis Aqiqah Anakanda Umairah Al-Mutmainnah (Abg Li + Uti).

5. Hadiri Majlis Pernikahan Kanda Asma' Salsabila dan suaminya.

6. Mengait dan mengutip buah-buahan di kampung.

7. Ziarah menziarahi sedara mara di Pahang dan KL.

8. Hantar Adinda Aqilah ke KLIA. Beliau pergi Jordan. Uhh, nanges!

9. Ziarah kawan baru di Bangsar (Kak Raudhah) dan Seremban (Kak Azwa) bersama Kak Mun.
rumah Fatin Hubb Huna nanti dulu lah yer. Tengok masa. Hee.

10. Cuba untuk tenang dan tidak kelam kabut dalam menyelesaikan kerja2 sekolah yang x siap lagi. Kejang.


Nota:
.... Susah!!
.... Cuba lah dulu. OK!